seismik

[VIDEO] "Reverse Psychology" - Lelaki Kongsi Tips Untuk Anak Yang Suka Panjat Cepat Turun

Kalau boleh elakkan sebut 'jangan!'

Cover image via @adnanfaisalrauf (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap ibu bapa sudah tentu ingin mendidik anak masing-masing dengan cara yang betul sejak mereka kecil lagi

Walaupun lain orang lain caranya, kita pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Tidak dinafikan, mereka memang akan melalui fasa nakal dan lasak. Tetapi itu adalah perkara normal.

Baru-baru ini, tular rakaman memaparkan seorang lelaki berkongsi tips untuk mengendalikan anak yang suka memanjat tempat tinggi telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@adnanfaisalrauf

Tips Suruh Anak Yang Suka Panjat Turun . Kita kena faham anak-anak dan sentiasa cari cara supaya dia faham kita. Tak boleh harap dia akan faham sendiri. Nak didik anak perlu ilmu, nak buat apa apa pun perlu ilmu. Adnan tak banyak ilmu pun. Cuma share apa yang Adnan rasa baik untuk di share. . #toddler #parenting

original sound - Adnan Faisal - Adnan Faisal

Ajar parents untuk bagi anak turun tanpa marah-marah

Menerusi perkongsian video daripada @adnanfaisalrauf, kelihatan dia menunjukkan gelagat anak perempuannya yang sedang memanjat grill pagar rumah mereka.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila lelaki tersebut berkongsi tips untuk menyuruh anak yang gemar memanjat turun dengan sendiri tanpa memarahi mereka.

Dia kemudian dilihat memuji anaknya dengan menepuk tangan sambil menyuruh budak perempuan itu turun perlahan-lahan. Dia juga mengatakan "good job" semasa anaknya turun dari grill itu.

"Kita kena faham anak-anak dan sentiasa cari cara supaya dia faham kita. Tak boleh harap dia akan faham sendiri. Nak didik anak perlu ilmu, nak buat apa apa pun perlu ilmu. Adnan tak banyak ilmu pun. Cuma share apa yang Adnan rasa baik untuk di share," katanya.

"Positive encouragement is better than negative punishment" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 399.4K tontonan, 34.2K tanda suka serta 1K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet memberikan pendapat masing-masing mengenai tips yang dikongsi oleh lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Nampak cool je kan cara dia handle anak dia? Bolehlah cuba tips ni nanti :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: