seismik

[VIDEO] Terserempak Dengan Orang Pakai Baju Sama, Reaksi Wanita Ini Curi Tumpuan Warganet

Adoi, pergi tempat sama pula tu.

Cover image via @azunie98 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Insiden terserempak dengan orang yang memakai baju sama seperti kita sudah banyak kali terjadi

Bukan setakat baju saja, malah ada yang terjumpa dengan orang pakai seluar dan tudung yang sama. Bagi sesetengah individu, insiden itu memang membuatkan mereka sedikit malu.

Sama seperti sebuah video yang tular ini apabila seorang wanita ternampak orang memakai baju sama dengannya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ternampak orang pakai baju sama dekat parking mall

Menerusi perkongsian video daripada @azunie98, kelihatan wanita itu baru saja sampai di sebuah shopping mall bersama anaknya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia ternampak seorang lagi wanita baru saja keluar dari mall dan sedang menuju ke arah keretanya.

Lebih melucukan, dia terus memalingkan mukanya dan berdiri di tepi kereta kerana tidak mahu terserempak depan-depan dengan wanita itu.

"Hahaha aku teringat kakak aku dulu. Baju raya dia sama dengan langsir rumah kawan dia" - Warganet

Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 205.5K tontonan, 8.4K tanda suka serta 335 perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur dan berkongsi pengalaman sama mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Banyak kali dah nampak video macam ni, nasib baik tak ajak bergambar sekali :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: