seismik

"Ikhlas Nak Tolong" - Pemuda Ini Raih Perhatian Lepas Kahwin Dengan Ibu Tunggal Anak 5

Jodoh tak kenal usia.

Cover image via @geemie8599 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bukan mudah untuk menjalankan kehidupan sebagai ibu tunggal dan menjaga anak-anak dengan sendiri

Tanpa pertolongan daripada suami di sisi, mungkin seseorang itu terpaksa berkorban macam-macam untuk menyara hidup anak-beranak.

Namun, kata orang rezeki tak salah alamat. Tular baru-baru ini mengenai seorang ibu tunggal bernikah dengan seorang pemuda yang jarak umurnya 23 tahun telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dah empat tahun kahwin, tak kisah jarak umur 23 tahun dengan isteri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @geemie8599, kelihatan lelaki itu sedang berjalan sambil memimpin tangan isterinya di sebuah pusat beli-belah.

Dia sempat menceritakan detik perkenalan mereka di dalam video dan ia berjaya mencuri tumpuan para netizen.

"Kenal di Facebook bulan 5, bulan 8 terus kahwin pakej anak 5. Alhamdulillah dah 4 tahun berumah tangga," katanya.

Lihat video penuh lain di bawah:

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing mengenainya

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 37K likes dan 2.5K shares di laman TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga perkahwinan yang dibina terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: