seismik

Nikah Usia 17 Tahun & Cuma Bergelar 'Isteri' Dua Hari, Gadis Ini Enggan Digelar Janda

Jodoh dan pertemuan di tangan Allah SWT.

Cover image via @prettypretty4198 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah tentu menginginkan sebuah rumah tangga kekal bahagia selamanya

Tiada siapa pun yang mahukan perceraian dan memegang status janda mahupun duda. Namun, siapa kita untuk menidakkan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Seperti seorang gadis ini yang hanya bergelar isteri orang cuma dua hari saja telah mendapat perhatian ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Diceraikan lepas dua hari berkahwin, enggan digelar janda

Menerusi video yang dimuat naik oleh @prettypretty4198, kelihatan gadis itu meluahkan rasa hairan mengapa dia digelar janda sedangkan dia baru berumur 17 tahun.

Perkongsian tersebut ternyata mengejutkan orang ramai kerana tidak sangka umurnya yang masih muda dan pernah berkahwin sebelum ini.

Menurut sumber, dia dan bekas suaminya tidak pernah tinggal bersama selepas mempunyai ikatan yang sah. Keputusan untuk bercerai juga adalah hasil perbincangan dan persetujuan daripada kedua-dua mereka tanpa campur tangan ahli keluarga.

"Jodoh dan maut di tangan Tuhan. Jangan paksa seseorang untuk mencintai kamu. Tapi biarlah dia datang dengan hati yang ikhlas dan kejujuran hatinya," katanya.

"Bersabarlah dengan dugaan Allah. InshaAllah ada jodoh yang baik untuk awak" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 364.2K views, 33.4K likes dan 355 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat buat gadis itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga terus bertabah ya dik, nanti mesti dapat pengganti yang lebih baik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: