seismik

"Supwei?" - Isteri Andika Putera Bikin Netizen Berdekah Sebab Confident Salah Sebut Subway

Adoi lawaklah, mana beli confident tu?

Cover image via @misha.bunga (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penceramah motivasi muda, Andika Putera pernah menjadi viral satu ketika dulu gara-gara pelbagai kontroversi yang melandanya

Baru-baru ini, isterinya iaitu Ananda Natasha atau dikenali sebagai Tasha sering mendapat perhatian netizen di laman TikTok gara-gara kerap membuat live dan menjawab soalan daripada followersnya.

Namun, tular pula sebuah rakaman yang memaparkan Tasha tersalah sebut nama restoran Subway telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@misha.bunga

comel je kondifen tasha ni

Funny Song - Cavendish Music

Ejaan Subway tapi sebutan jadi Supwei, ramai tanya konfiden beli dekat mana

Menerusi perkongsian video daripada @misha.bunga, kelihatan Tasha sedang membuat live dan berkongsi cerita dengan followersnya.

Namun, apa yang menghiburkan orang ramai adalah apabila dia ingin menyebut perkataan Subway dan ia kedengaran lain.

"Tasha rasa time tu Tasha tengah makan, apa tu nama dia? Dia roti tapi dalam roti tu ada sayur-sayur. Aduh lupalah nama tu. Apa nama tu korang? Supwei! Yes Supwei," katanya.

"Nampak macam saja je ni, haha takkanlah dia tak tahu sebut. Beli mana confident tu? Nak beli jugak" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah 536.9K tontonan, 21.9K tanda suka serta 357 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan Tasha.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Supwei pun Supwei lah, yang penting dia memang lawak! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: