Panggil Bos Sendiri Mak Cik Bisu, Tak Sangka Manager Pula Melayan Ini Buat Ramai Ketawa
Sporting gila manager dia.
Kebiasaannya, kita pasti akan berjumpa dengan bos yang tegas dan susah untuk dibawa bergurau betul tak?
Iyalah, jarang nak jumpa bos yang humble dan boleh masuk air sama-sama dengan staf kerana mereka mempunyai pangkat yang lebih tinggi dari kita.
Namun, bukan semua bos seperti itu. Ada juga yang baik dan sporting melayan pekerjanya dan menganggap seperti kawan sendiri.
Seperti sebuah video yang tular ini apabila seorang lelaki bergurau memanggil managernya mak cik dan bisu telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Berlakon konon nak minta scholarship sebab nak bantu mak cik yang bisu, manager pula join berlakon sekali
Menerusi video yang dimuat naik oleh @chotttttttttt_, kelihatan lelaki itu yang bekerja di salah sebuah butik sedang membuat prank kepada managernya.
Apa yang membuatkan ramai ketawa adalah apabila dia berlakon kononnya ingin meminta bantuan scholarship kerana berniat untuk membantu mak ciknya yang bisu.
Lebih melucukan lagi, mak cik yang ditunjuknya itu adalah managernya sendiri yang berbangsa Cina. Wanita itu pula dengan spontan terus berlakon seperti orang bisu dan tidak berkata apa-apa sehingga akhir video.
Namun, mereka berdua tidak dapat menahan ketawa gara-gara situasi yang spontan dan lucu itu. "The best manager ever!," katanya di kapsyen video.
"Weh best gila manager dia cakap bisu terus buat bahasa isyarat hahahaha" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 288.5K views, 39.7K likes dan 439 shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu dan managernya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!