seismik

"Laju Pula Reverse" - Bengang Merangkak Slow Sangat, Lelaki Ini Keluar Kereta Kejar Biawak

Dia buat social experiment kot.

Cover image via @datoqi (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu, biawak merupakan haiwan yang mempunyai pergerakan agak perlahan

Kebiasaannya, kita akan nampak biawak di kawasan tasik. Malah, saiznya yang agak besar itu membuatkan ada di antara kita yang takut untuk mendekatinya.

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video yang tular ini apabila seorang lelaki bertindak mengejar biawak di tengah jalan telah mengundang dekah ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@datoqi

dia boleh merangkak slowmo

Tiba-Tiba Speed Up - liriklagu

Merangkak slow sangat halang jalan, sekali kena kejar terus laju patah balik

Menerusi video yang dimuat naik oleh @datoqi, kelihatan lelaki itu dan kawannya sedang berada di dalam kereta untuk menuju ke sebuah lokasi.

Tetapi, apa mencuri perhatian adalah apabila terdapat seekor biawak sedang merangkak di tengah jalan membuatkan keretanya terpaksa berhenti untuk memberi laluan kepada biawak itu melintas.

Lelaki itu naik angin kerana biawak tersebut merangkak dengan sangat lambat seolah-olah sengaja menduga kesabarannya.

Lebih melucukan lagi, dia tiba-tiba keluar dari kereta dan bertindak mengejar biawak itu. Biawak itu pula dengan laju patah balik ke tempat asalnya.

"Dia buat social experiment kot. Terus patah balik member takut dengan kau bang hahaha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.3M views, 218.2K likes dan 2.3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Salah time lah biawak tu nak buat slowmo. Kan dah kena kejar :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: