[VIDEO] Ajar Anak Untuk Cakap ‘Sabar’ Bila Tengah Tantrum, Wanita Ini Terima Pujian Ramai
Alahai comel je.
Semua ibu bapa perlu tahu bahawa setiap anak-anak kita akan melalui fasa tantrum ketika mereka sedang membesar
Ada yang tidak tantrum dengan teruk dan mudah menenangkan mereka. Tetapi, ada juga yang mengamuk sampai sukar untuk dikawal terutamanya di tempat awam.
Namun, tular sebuah video baru-baru ini memaparkan seorang wanita mengajar anaknya cara untuk bertenang semasa tantrum telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ajar anak cakap "nak marah tapi kena sabar"
Menerusi video yang dimuat naik oleh @tyqaheykaa, kelihatan wanita itu sedang cuba untuk menenangkan anak perempuannya yang sedang tantrum.
Menurutnya, anaknya itu mengamuk kerana tidak dapat apa yang dia inginkan iaitu handphone. Tetapi, dia buat-buat tidak faham akan kehendak anaknya itu dan menyuruh budak itu bertenang dulu.
"Meh tangan, okay bangun. Rasa nak marah tapi kena? Tapi kena? Sabar". Anaknya juga menyahut dengan berkata "sabar" sambil meletakkan tangan ke dada.
"Ada function jugak ayat ni kan hahaha. Comelnya, good parenting!" - Netizen
Ikutan tularnya video berkenaan yang kini meraih 821.3K views, 65.9K likes dan 3.5K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak perempuan itu dan memuji cara si ibu menenangkannya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!