seismik

"Kot Orang Langkawi Tak Pernah Tengok" - Usahawan Bawa Lamborghini Masuk Pulau Ini Dikecam

"Masuk tempat orang buat cempegha" - Warganet.

Cover image via @ayunieso24 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ramai usahawan muda di Malaysia sekarang yang mencipta nama dan meraih ramai pengikut di media sosial

Bukan saja teknik marketing yang bagus, malah produk-produk mereka juga berjaya mendapat tempat di hati para pelanggan kerana kualiti yang bagus.

Walau bagaimanapun, jika ada sedikit kesilapan yang dilakukan, pasti ia akan menjadi buah mulut netizen dan senang meraih kecaman.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman memaparkan seorang usahawan kosmetik dikecam gara-gara kapsyen yang diletakkan pada videonya seakan-akan memerli rakyat Langkawi yang mungkin tidak pernah melihat kereta Lamborghini sebelum ini.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ayunieso24 yuni saja je buat masuk lamborghini kat langkawi kot kot orang langkawi takpernah tengok lamborghini #fyp #vitamilk #lamborghini #viral original sound - Hilman Hamzah

Saja bawa Lamborghini masuk Langkawi kononnya ingat orang sana tak pernah tengok kereta itu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ayunieso24, kelihatan usahawan kosmetik itu sedang bercuti bersama keluarganya di Pulau Langkawi.

Apa yang menarik tumpuan adalah apabila dia membawa kereta Lamborghini masuk ke pulau tersebut dengan menaiki feri.

Namun, apa yang membuatkan ramai kurang senang melihatnya adalah kapsyen yang digunakan pada video tersebut terlalu nampak seperti menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang dimilikinya itu.

"Yuni saja je buat masuk lamborghini kat Langkawi kot kot orang Langkawi tak pernah tengok Lamborghini", katanya.

"Siapa yang first time masuk Langkawi sebenarnya ni? Hahaha megah sangat naik Lambo. Kat Langkawi orang buat sewa ja Lambo ni" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 320.7K tontonan, 15.3K tanda suka dan 771 perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terutamanya penduduk Langkawi mengecam tindakan usahawan itu.

Malah, mereka tidak hairan pun melihat Lamborghini kerana sudah biasa nampak orang sewa kereta mahal itu di sana.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nak bergurau kena tengok masa dan tempat juga. Jangan ingat orang Langkawi tak maju. Tak pasal-pasal kena kecam.

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: