seismik

[VIDEO] Gadis Main Tanya Soalan Dekat Filter, Sekali Part Akhir Pula Undang Tawa Warganet

"Bermula dengan blushing, berakhir dengan healing" - Warganet.

Cover image via @natashalanz8 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekiranya anda pengguna tegar TikTok, sudah tentu anda tahu bahawa terdapat banyak filter yang trending di sana

Antaranya adalah filter beauty effect, games, quiz dan macam-macam lagi. Setiap hari ada saja filter yang trending dan ramai pakai membuatkan kita pun turut terjebak.

Tidak terkecuali dengan sebuah video ini yang memaparkan seorang gadis bermain filter 'ASK' yang berakhir dengan reaksi sedih telah mencuit hati warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

Mula-mula bukan main seronok kena puji, sekali hujung-hujung auto sedih

Menerusi video yang dimuat naik oleh @natashalanz8, kelihatan gadis itu sedang bertanya beberapa soalan pada skrin telefonnya yang memaparkan filter ASK tersebut.

Pada mulanya, dia bukan main seronok kerana filter tersebut memujinya cantik, pandai, kurus dan ada orang suka kepadanya.

Namun, apabila dia bertanya sama ada dia anak pungut atau tidak, filter tersebut menjawab "Yeah". Reaksi mukanya terus berubah, tetapi dia tetap meneruskan pertanyaan lain.

"Mak bapak aku jumpa aku dekat sampah ka? Depa sayang aku dak?" soalnya lagi. Namun, jawapan yang keluar pada skrin tetap menghampakan dan membuatkan gadis itu tidak mahu main filter itu lagi.

"Betul la orang tua-tua cakap jangan suka sangat nanti sedih hahahaha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 675.7K views, 97.8K likes dan 987 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi dan gelagat lucu gadis tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kelakarlah tengok muka dia. Mula-mula kemain happy ya. Last-last mendapat :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: