seismik

[VIDEO] Gadis Tahan Malu Dekat Airport, Kawan 'Pedajal' Print Tiket Flight Saiz Mahjong

Alamak, yang ini memang malu sis!

Cover image via @blessxyiu (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda sudah biasa melancong, sudah tentu anda tahu proses sebelum menaiki kapal terbang di mana kita perlu mencetak tiket penerbangan terlebih dahulu

Proses itu bertujuan memudahkan kita untuk check in di kaunter dengan lancar. Jika tidak ada boarding pass, memang kita akan kalut nanti.

Namun, lain pula yang berlaku dalam video ini apabila seorang gadis dikenakan oleh kawannya gara-gara dia tiba lambat di airport telah mengundang dekah ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@blessxyiu

khas untuk membe kaki sidai hahahahah biar dia nampak boarding time supaya tak lambat

original sound - blessxyiu

Member saja pedajal print tiket flight besar kertas mahjong sebab sampai lambat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @blessxyiu, kelihatan gadis itu tiba lambat di airport dan sedang memegang tiket flightnya.

Apa yang membuatkan dia tidak dapat menahan ketawa dan malu teruk adalah apabila rupa-rupanya tiket flight itu telah dicetak oleh kawannya dengan saiz sebesar kertas mahjong.

Kawannya sempat menyuruhnya membuka kertas itu besar-besar dan mereka menyambung ketawa hingga hujung video tersebut.

"Khas untuk member kaki sidai hahahahah biar dia nampak boarding time supaya tak lambat", kata kawannya.

"Habis satu airport tahu dia nak pergi Langkawi. Haha jarang orang buat presentation kat airport" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 606.2K views, 70.3K likes dan 813 shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat gadis itu yang menahan malu dipedajal oleh kawannya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Agak-agak apa reaksi polis dekat gate departure hall tu eh? Lawaklah! :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: