Prank Suruh Support Member Baru Buat Bisnes Kek, Sekali Voice Note Mak Pula Undang Tawa
Jujur sangat tu mak cik.
Jika ingin menyambut hari jadi seseorang, sudah tentu kita ingin membelikan kek yang cantik-cantik untuk mereka betul tak?
Iyalah, kek hari jadi yang cantik sememangnya mampu mengukir senyuman buat kawan atau keluarga kita itu.
Namun, lain pula dengan sebuah video ini apabila seorang gadis membuat prank kepada emaknya untuk membeli kek hari jadi telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sengaja minta mak support bisnes kawan, sekali mak tak tahan gelak tengok gambar-gambar kek
Menerusi video yang dimuat naik oleh @syakkirah, kelihatan dia sedang berbalas voice note dengan emaknya di WhatsApp.
Apa yang menghiburkan adalah apabila dia berkongsi beberapa gambar kek hari jadi kononnya dibuat oleh kawannya yang baru mulakan bisnes. Dia meminta emaknya memilih salah satu kek untuk dibeli.
Namun, reaksi emaknya yang terlalu jujur dan tergelak melihat gambar-gambar kek tersebut membuatkan gadis itu turut ingin terbahak.
Prank tersebut akhirnya berjaya apabila emaknya memilih salah satu kek sebagai tanda ingin membantu bisnes kawannya itu.
"Mak dia punya gelak macam dah lama pendam, hahaha Snow White tu kena beguk ke" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2M views, 184.7K likes dan 9K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur mendengar voice note emak gadis tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Dengan kita sekali nak tergelak bila dengar voice note mak dia. Lawaklah mak cik! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!