Bila Ayah Tersalah Sent Voice Note Dekat Group WhatsApp, Ibu Pula Selamba Sound Setepek
Buat lawak lah pak cik ni.
Rasanya sudah ramai di antara kita yang mempunyai group WhatsApp bersama keluarga bukan?
Bagi mak dan ayah kita pula, mereka sudah pasti ada di dalam group WhatsApp bersama kawan-kawan lama atau jiran. Ada saja topik yang mereka bincangkan.
Tetapi, berbeza pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pak cik tersalah hantar voice note dekat group WhatsApp keluarganya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ingatkan hantar voice note dekat kawan, rupa-rupanya terhantar dekat group family
Menerusi perkongsian video daripada @gadesbunga19, kelihatan pak cik itu menghantar beberapa pesanan suara kepada sahabatnya.
Namun, apa yang melucukan adalah apabila rupa-rupanya dia tersalah hantar kepada WhatsApp group keluarganya.
Lebih melucukan lagi, isterinya selamba membalas pesanan suara tersebut dengan berkata "ni group keluarga bukan group sahabat".
Kemudian, pak cik itu termalu membalas "maaf, maaf maaf. Belikan ayah rokok John D Blend sebungkus ye mak, okay terima kasih".
"Bapak-bapak always cakap ulang-ulang hahaha. tadi mengadu batuk-batuk, lepas tu sempat lagi mintak belikan rokok eh" - Netizen
Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 378.1K tontonan, 19.8K tanda suka dan 727 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar voice note pak cik itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!