seismik

Tular Kuda Putih Buat Hal Masa Perarakan Hari Kebangsaan, Komen Warganet Pula Menghiburkan

Lawaklah komen masing-masing.

Cover image via @bangkuchai_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari Kebangsaan Malaysia ke-65 baru saja berlangsung beberapa hari lalu

Seperti yang kita tahu, lautan manusia dari serata negeri telah membanjiri Dataran Merdeka untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa insiden yang lucu sempat dirakam semasa acara perarakan berlangsung.

Salah satunya adalah rakaman seekor kuda berwarna putih ini yang tiba-tiba membuat hal ketika acara kawad telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tiba-tiba jalan menyenget dan tidak mahu ikut arahan, nasib baik boleh dikawal

Menerusi video yang dirakam oleh @bangkuchai_, kelihatan ketika itu sedang berlangsung acara kawad kaki dan sekumpulan kuda yang ditunggang oleh pegawai polis.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila kuda putih yang ditunggang oleh Timbalan Ketua Polis Negara iaitu Datuk Razarudin Husain tiba-tiba membuat hal tidak mahu memberikan kerjasama yang baik.

Kuda itu dilihat jalan menyenget dan tidak mengikut arahan yang diberikan. Namun begitu, Datuk Razarudin berjaya mengawal situasi tersebut sehingga acara kawad itu berakhir.

"Nasib member belakang tak join. Mesti diaorang kata time ni pulak kau nak mereng haha" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 3.2M tontonan, 244.9K tanda suka serta 8.7K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat aksi kuda putih itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Itulah, lain kali datang rehearsal tau. Dah lah tengah live, buat hal pula dia :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: