seismik

Rakam Acara Lipat Kain 4 Bakul Untuk 'Olimpik', Ramai Terhibur Tengok Gelagat Wanita Ini

Boleh cuba cara ni, mana tahu berkesan.

Cover image via @nadiahasnan2 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lumrah menjadi suri rumah, tugas melipat kain sudah semestiya menjadi rutin setiap hari

Walau bagaimanapun, kadangkala mesti kita ada rasa malas untuk melipat kain yang semakin menggunung betul tak?

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan gelagat seorang wanita menjadikan acara lipat kain sebagai sukan olimpik dalam rumahnya menjadi perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nadiahasnan2

Acara melipat kain 4 bakul

original sound - Nadia Hasnan

Buat sukan olimpik acara lipat kain empat bakul dalam masa setengah jam

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nadiahasnan2 yang juga bekas peserta Akademi Fantasia itu, kelihatan dia menunjukkan timbunan kain yang belum dilipat di ruang ramu rumahnya.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia set masa selama 30 minit untuk menghabiskan acara melipat kain sebanyak empat bakul itu.

Lebih menghiburkan lagi, dia tidak dapat menghabiskan kesemua kain itu dan membuat reaksi kecewa kerana telah gagal dalam acara 'olimpik' tersebut.

"Okay tu dapat pingat perak. Saya biasa 2 hari, memang tak ada nombor" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah mendapat 946.5K views, 128.4K likes dan 2.9K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat wanita itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak pernah terfikir pula lipat kain boleh jadi acara olimpik. Kreatif lah! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: