seismik

[VIDEO] Baru Nak Tenang Makan Tepi Sungai, Sekali Terciduk Bila Salah Bawa Tempat Panggang

Nampak sama tapi bukan dia.

Cover image via @shahhamzah88 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aktiviti berkelah sudah menjadi hobi bagi rakyat Malaysia terutamanya pada hujung minggu

Iyalah, setelah seminggu bekerja di pejabat dan terperap dalam hutan konkrit, sekal sekala mestilah kita mahu menikmati alam semula jadi betul tak?

Sungai merupakan tempat paling seronok kalau nak berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan. Namun, lain pula yang terjadi kepada lelaki ini apabila dia tersalah membawa pemanggang api telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat gambar itu di bawah:

Baru nak feeling-feeling masak tepi sungai, sekali terbawa bekas drill bukan tempat panggang

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh @shahhamzah88, kelihatan dia sedang berkelah di sebuah kawasan sungai.

Apa yang mencuri perhatian dan membuatkan ramai terhibur adalah apabila dia tersalah membawa tempat panggang makanan.

Lebih melucukan lagi, dia sudah pun menyediakan dua pinggan udang untuk dipanggang. "Potong betul," katanya.

"Ni memang lagi sakit dari bukak bekas aiskrim dalam peti ais ingatkan aiskrim last-last lauk kari semalam" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, gambar itu telah meraih sehingga 1.5M views, 115.7K likes dan 4.5K shares di TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat nasib lelaki itu yang akhirnya tidak dapat makan udang yang dibawanya untuk berkelah.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Cuba drill udang tu lama-lama dalam air bang, mana tahu dia masak? :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: