seismik

Pernah ‘Bahan’ Boss Bawa Bekal, Sekali Diri Sendiri Pula Terkena, Siap Sorok Dalam Baju!

Nak gelak boleh tak?

Cover image via @bosshukex (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebelum ini, pernah tular sebuah video seorang lelaki dibahan oleh pekerjanya gara-gara dia membawa bekal ke tempat kerja

Rakaman tersebut telah menerima perhatian ramai di media sosial kerana terhibur melihat reaksi lelaki tersebut yang menjadi bahan usikan pekerjanya.

Namun, tular pula lagi sebuah video baru-baru ini apabila salah giliran seorang pekerja yang membahannya itu pula membawa bekal makanan telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terciduk malu sebab bawa bekal, siap sorok dalam baju sebab takut kena bahan balik

Menerusi video yang dikongsi oleh @bosshukex, kelihatan mereka dalam perjalanan untuk makan tengah hari di sebuah restoran.

Lelaki itu kemudian mengusik salah seorang pekerjanya yang pernah membahannya gara-gara membawa bekal sebelum ini.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila pekerjanya itu menyorok bekal makanan yang dibawa dalam baju kerana malu dia pula yang jadi mangsa ejekan kali ini.

"Bekas tupperware tu bahaya. Kalau bekas aiskrim tinggal tak ada masalah. Haha ingat yang bahan tu langsi, last-last kena jugak" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah mendapat 982K views, 53.5K likes dan 804 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi lelaki itu dibahan oleh bosnya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lain kali jangan seronok sangat bahan orang lain bang, kita tak tahu bila turn kita nak kena :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: