seismik

Gelagat Budak Perempuan 'Ceramah' Dekat Ayah Sebab Kacau Buat Kerja Ini Undang Tawa Ramai

Petah betul mulut dia.

Cover image via @aqilahanuwa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila anak-anak semakin membesar, mereka sudah lebih petah berkata-kata dan mudah tersentuh emosi

Tambahan pula jika kita banyak berbual dengan mereka sejak kecil. Sudah pasti mereka akan mudah mengikut cara kita bercakap.

Seperti sebuah video ini yang memaparkan gelagat seorang budak perempuan membebel kepada ayahnya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah khusyuk susun barang dalam kotak, sekali ayah datang kacau

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aqilahanuwa, kelihatan budak perempuan itu sedang menolong ibunya menyusun barang dalam kotak.

Dia yang dilihat khusyuk meletakkan satu per satu produk dalam kotak itu tiba-tiba dikacau oleh ayahnya. Si ayah sengaja menolak badannya sedikit ke depan dan membuatkan budak itu terkejut.

Apa yang menghiburkan adalah dia dengan spontan membebel dan memberi ceramah kepada ayahnya sehingga membuatkan mereka di situ semua tergelak.

"Ayah tak sayang Afiyah eh? Janganlah kacau orang. Orang tengah buat kerja nak kacau-kacau. Ayah tu dah macam budak-budak," bebelnya.

"Ceramah terus dia bagi haha nasib dia tak suruh ayah cium tangan dia sebab ayah yang salah" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 188.6K likes dan 5.3K shares di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak perempuan itu yang sangat comel dan bijak berkata-kata.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel je Afiyah ni. Padan muka ayah kena bebel, siapa suruh kacau Afiyah :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: