seismik

[VIDEO] Gelagat Budak Perempuan Kacau Rambut Kawan Masa Sukaneka Ini Cuit Hati Ramai

Muka dia main peranan betul.

Cover image via @mayalung (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Acara sukaneka semasa di sekolah merupakan aktiviti yang paling diminati oleh para pelajar

Waktu itulah mereka dapat bersuka ria dan bermain pelbagai acara sukan untuk mendapatkan hadiah bagi rumah sukan masing-masing.

Namun, lain pula yang jadi dalam sebuah video ini apabila gelagat seorang budak perempuan yang bermain rambut kawan depannya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mayalung Dik apa yg awk geram sgt dgn rambut anak sedara aunty ni? #fyp #funny Funny Song - Cavendish Music

Geram tengok rambut kawan depan, boleh pula buat main sambil buat reaksi muka

Menerusi video yang dikongsi oleh @mayalung, kelihatan kanak-kanak itu sedang berbaris di padang sebelum memulakan acara sukaneka tadika mereka.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila gelagat seorang budak perempuan yang sedang mengusik rambut kawannya di depan.

Mungkin kerana terlalu geram tengok rambut kawannya yang diikat tocang itu, dia siap membuat pelbagai gaya seperti menumbuk punching bag. Malah, reaksi mukanya juga memainkan peranan dan buat ramai terhibur.

"Budak ni mesti jenis suka buat kelakar muka selamba. Comel gila" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 638.8K views, 63.8K likes dan 3.7K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak perempuan itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apa yang dia geram sangat dengan rambut member tu tak tahulah. Kelakar awak ni dik! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: