seismik

Abang Saja Tinggalkan Adik Siap Letak Sound Hantu Mengilai, Tak Sangka Ini Pula Reaksinya

Lah, risau.

Cover image via @apppii__ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular satu trend di TikTok di mana ramai menggunakan background sound hantu mengilai untuk prank adik beradik

Kebanyakan budak-budak pasti akan menangis dan menggelupur ketakutan apabila mendengar suara hantu yang bergema satu bilik itu.

Namun, berbeza pula dengan seorang budak perempuan ini apabila reaksinya yang sepatutnya menangis jadi lain telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ingatkan nak menangis, sekali boleh pula gelak bila dengar suara hantu mengilai

Menerusi video yang dimuat naik oleh @apppii__, kelihatan budak perempuan itu dan adiknya ditinggalkan dalam bilik untuk melihat reaksi mereka apabila mendengar suara pontianak mengilai.

Namun, mereka berdua seolah-olah tidak berasa takut dan tidak menangis pun. Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila budak perempuan itu siap gelak lagi.

Abangnya menulis "psikopat" di kapsyen kerana tidak menyangka adiknya itu tidak takut langsung selepas mendengar bunyi pontianak mengilai.

"Adoi dik sepatutnya lari nangis dik. Akak pulak yang risau tengok awak dik hahaha" - Warganet

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 3.6M views, 391K likes dan 4.2K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi budak perempuan itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Mungkin dia tak takut sebab dengar sound je. Cuba tunjuk hantu tu depan muka dia, mesti menggelupur :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: