seismik

[VIDEO] Niat Nak Buat Surprise Birthday Member, Tapi Mangsa Pula Yang Prank Dalang Utama

Boleh pula dia main hilang-hilang ya.

Cover image via @saya_dik06 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita mempunyai ramai kawan, sudah tentu kita akan ingat tarikh hari lahir mereka dan ingin memberi kejutan bukan?

Antara perkara yang kita selalu lakukan adalah dengan membuat prank kepada mereka. Mesti mereka akan ingat kenangan itu sampai bila-bila.

Namun, lain pula dengan sebuah rakaman video di TikTok ini apabila sekumpulan remaja dikenakan oleh kawan mereka yang sepatutnya diprank telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@saya_dik06 niat nak prank dia tp lain yg jadi#fyp #fypkalinije Without You - Aman Aziz

Baru nak buat surprise kawan siap terjah bilik, sekali lain pula yang jadi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @saya_dik06, kelihatan sekumpulan remaja itu sedang menerjah bilik kawan mereka iaitu si birthday boy.

Namun, sebaik saja pemuda itu membuka pintu biliknya dan mendapati kawan-kawannya sedang merakam, dia dengan selamba menutup semula pintu bilik itu.

Kawan-kawannya terkejut dengan tindakannya dan mereka menunggu beberapa saat sebelum salah seorang daripada mereka membuka pintu bilik itu.

Apa yang mengejutkan mereka adalah apabila mendapati kawan mereka itu sudah tiada di dalam bilik. Rupa-rupanya, dia pula yang mengenakan mereka dan berdiri sama-sama di belakang mereka semasa sedang mencarinya.

Sebaik saja mereka perasan akan kelibatnya di belakang, semua berdekah dan naik pening bagaimana dia boleh berada di situ. Kemudian, mereka menyanyikan lagu 'Happy Birthday' buatnya.

"Baju putih yang tinggi tu boleh tak perasan orangnya dekat sebelah dia. Hahaha dia menghendap sekali" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 869.8K tontonan, 98.1K tanda suka serta 323 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok pula dia main nyorok-nyorok. Member yang lain dah terkial-kial :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: