TikTok Punya Pasal, Jejaka Sanggup 'Fly' Ke Indonesia Untuk Rasa Pengalaman Dikejar Zombie
Betul-betul nekad abang ni.
Zaman sekarang, media sosial sememangnya menjadi platform utama bagi semua orang dan mampu mempengaruhi kehidupan kita
Tambahan lagi dengan kuasa viral yang kian meluas. Seperti penangan 'Train To Apocalypse' di Indonesia yang berjaya mencuri tumpuan ramai termasuklah mereka yang berada di Malaysia.
Tidak terkecuali dengan seorang jejaka ini yang sanggup membeli tiket kapal terbang ke Indonesia semata-mata untuk merasai sendiri pengalaman dikejar oleh zombie telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Gara-gara terpengaruh dengan video-video di FYP TikTok, sanggup fly ke Indonesia untuk join the hype
Menerusi video yang dimuat naik oleh @airieysayuti20, kelihatan jejaka itu berkongsi pengalamannya pergi ke Indonesia untuk merasai sendiri menaiki 'Train To Apocalypse'.
Acara tersebut dilakukan khas bagi pengunjung yang teringin dikejar oleh zombie di sana. Difahamkan, acara yang dilakukan di stesen kereta api itu diinspirasikan dari filem terkenal Korea Selatan iaitu Train to Busan.
"Sebab pengaruh TikTok lah ni, terpaksa fly ke Indonesia sebab nak cuba. Tak full sebab setengah tempat tak boleh nak record," katanya.
"Ya Allah jangan aku yang teracun pergi sana dah. Jangan, jangan jangan" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 48.3K tontonan, 3K tanda suka serta 152 perkongsian di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing dan menyusulkan idea supaya Train To Apocalypse diadakan di Malaysia.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!