Abang Bomba Ini Jadi Tumpuan Ramai Di Perarakan Hari Kebangsaan Gara-Gara 'Belanja' Biceps
Semua tak keruan ya nampaknya.
Seperti yang kita semua tahu, sudah 2 tahun Malaysia tidak menyambut Hari Kebangsaan gara-gara wabak Covid-19 yang melanda sejak 2020
Tidak dinafikan, rakyat Malaysia sememangnya merindukan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan seperti dulu.
Oleh sebab itu, semangat patriotik yang cukup membara dapat dilihat dalam kalangan rakyat Malaysia dari seluruh negeri membanjiri Dataran Merdeka untuk menyambut 31 Ogos 2022 baru-baru ini.
Namun, para anggota keselamatan terutamanya pasukan bomba adalah antara yang menjadi tumpuan ramai gara-gara mereka berbadan sado dan sempat belanja biceps semasa upacara perarakan berlangsung.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ramai suruh belanja biceps, abang bomba pula sporting melayan
Menerusi rakaman yang dikongsi oleh @fypmeme, kelihatan pasukan bomba sedang berarak di Dataran Merdeka sambil melambai ke arah lautan penonton.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila terdapat beberapa suara yang menjerit menyuruh abang-abang bomba itu menayang biceps mereka.
Lebih menghiburkan, mereka melayankan saja permintaan ramai dan serentak menunjukkan biceps dan badan mereka yang sado itu.
"Ramai suruh tunggu abang bomba lalu. Tunggu la kita ni depan TV. Sekali lalu, alamak patut la haha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1M views, 90.7K likes dan 3.1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat kemeriahan penonton di Dataran Merdeka itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di tikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!