seismik

Viral Jual Nasi Lemak RM1, Peniaga Ini Terima Pujian Warganet Kerana Niat Ikhlasnya

Walaupun dia jual murah, rezeki dia mesti berlipat kali ganda.

Cover image via @FazrieHaiqal_ (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang peniaga yang menjual nasi lemak di tepi jalan berharga hanya RM1

Tambahan pula, sejak Instafamous Khairul Aming membeli nasi lemak di gerainya dan memuji kesedapan makanan itu, peniaga tersebut semakin mendapat perhatian ramai.

Terbaru, dia menerangkan mengapa dia menjual nasi lemak itu dengan harga RM1 selepas ramai mempersoalkan tentang keuntungan yang diperolehinya.

Lihat ciapan penuh itu di bawah:

Tak fikir soal untung, yang penting pelanggan seronok dapat makan

Menerusi ciapan yang dimuat naik sendiri oleh @FazrieHaiqal_ di laman Twitternya, dia menerangkan mengapa dia tidak menjual nasi lemak dengan harga yang mahal dan hanya RM1.

Seperti mana yang kita sedia maklum, nasi lemak di gerai atau restoran lain kebanyakannya dijual dengan harga yang agak mahal. Malah, ada yang mencecah sehingga RM10.

Menurut Fazrie Haiqal, dia hanya mahu pelanggannya enjoy menikmati nasi lemak yang dijualnya itu. Dia juga berniat untuk meringankan beban budak-budak sekolah yang teringin nak makan nasi lemak sedap tapi mampu beli.

"Saya terfikir adik adik yang sekolah tu. Kita sendiri faham makanan dekat sekolah bukan lah murah sekarang ni. Dengan ada nya nasi lemak RM1 sekurang kurangnya saya tahu mereka akan kenyang. Lagi pun bukan semua adik sekolah ni dapat belanja yang besar," katanya.

"Nasi lemak singgit ni lah orang selalu borong banyak-banyak lepas tu kasi dekat rakan-rakan sekerja sarapan free! Besar pahala" - Warganet

Susulan tularnya ciapan tersebut yang kini meraih 7.3K retweets, 14.8K likes dan 301 quote tweets di Twitter, rata-rata warganet turut memuji niat ikhlas peniaga itu yang kini dikenali sebagai Bangsudu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Terbaiklah Bangsudu! Semoga terus dilimpahkan rezeki. Nanti nak cuba juga nasi lemak RM1 ni! Terliur :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: