seismik

"Bengang & Terus Lari" - Gelagat Budak Lepas Tahu Kembar Bapa Menyamar Ini Curi Tumpuan

Merajuk ke tu dik.

Cover image via @mekna97 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, pasangan kembar memang boleh mengelirukan orang di sekeliling mereka kerana rupa paras mereka yang sama

Malah, kadangkala keluarga sendiri pun boleh tersilap panggil. Jadi, tidak hairanlah sekiranya ia juga boleh mengelirukan budak kecil.

Sama seperti apa yang berlaku dalam sebuah video ini apabila gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang tersilap bermain bersama kembar ayahnya telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mekna97 Bermanja dgn daddy sendiri Bermanja dgn kembar daddy . Last sekali tu LARIKKKKKKK . Salah org rupanyaaa . . #twin Oh no, oh no, oh no, no no - Hip Hop

Ajak kembar ayah bermain sama-sama, sekali bila ayah kandung muncul terus merajuk dan lari

Menerusi video yang dikongsi oleh @mekna97, kelihatan kanak-kanak itu pada mulanya menarik tangan lelaki yang disangka ayah kandungnya.

Apa yang melucukan adalah apabila lelaki itu sebenarnya merupakan kembar si ayah yang memang seiras.

Disebabkan dia masih kecil dan tidak tahu membezakan mana satu ayah kandungnya, dia bermain macam biasa saja.

Namun, sebaik saja ayah kandungnya muncul, kanak-kanak itu terus berlari ke arah ibunya kerana malu tersalah orang. Malah, dia sempat memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

"Bukan anak je confuse. Dengan maknya sekali boleh tersalah laki ni haha bahaya" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 690.8K views, 43.3K likes dan 160 shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak perempuan itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel je perangai dia bila nampak ayah dia keluar. Nak control malu terpaksalah buat-buat merajuk ya dik :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: