seismik

Terlalu Percaya BFF Siap Bagi No. Pin ATM, Tak Pasal-Pasal Duit Kena 'Songlap' Dalam Diam

Jangan terlalu percaya orang sekeliling kita.

Cover image via @ainantasneem92 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam setiap hubungan persahabatan, sudah pasti kita akan mempercayai kawan-kawan baik yang sudah lama kita kenali

Walau bagaimanapun, sudah ramai berkongsi kisah kawan tikam dari belakang gara-gara terlalu percayakan seseorang itu.

Tidak terkecuali dengan sebuah video yang tular ini apabila seorang wanita berkongsi kisahnya yang pernah dikenakan oleh kawan baik sendiri telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ainantasneem92

Pengajaran dia jangan terlalu percaya pada sesiapa pun okay!

original sound - AINAN TASNEEM

Terlalu percayakan kawan sampai pernah bagi nombor pin ATM, sekali tak sedar duit lesap dalam diam

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ainantasneem92, kelihatan penyanyi itu yang pernah popular dengan lagu 'Aku Suka Dia' satu ketika dulu menceritakan kisah dengan kawan baiknya sendiri.

Menurut Ainan, dia pernah meminta kawan baiknya semasa zaman belajar itu mengeluarkan duit untuk membeli buku. Tanpa memikirkan apa-apa, Ainan berkongsi nombor pin ATM dan terlupa untuk menukar semula pinnya selepas itu kerana tidak mengesyaki apa-apa.

Namun, sewaktu dia mendapat banyak tawaran persembahan, dia perasan duit dalam akaun banknya tidak bergerak. Sehinggalah pada satu hari terkantoi yang rupa-rupanya kawannya itu telah mencuri duitnya secara diam-diam.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"I pun putus kawan jugak. Coursemate a.k.a roommate. Tikam belakang pasal duit jugak. Bye-bye, kawan lebih 10 tahun" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 152K views, 10K likes dan 266 shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya. Malah, ramai yang pernah mengalami masalah sama.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @ainantasneem92
Image via @ainantasneem92
Image via @ainantasneem92
Image via @ainantasneem92
Image via @ainantasneem92
Image via @ainantasneem92
Image via @ainantasneem92
Image via @ainantasneem92
Image via @ainantasneem92
Image via @ainantasneem92

Geram pula dengar cerita dia. Inilah masalah bila terlalu percayakan orang :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: