[VIDEO] Habit Suka Gigit Tangan Pasangan Bila Jumpa, Gadis Ini Cetus Perdebatan Warganet
No comment.
Setiap pasangan yang bercinta pasti ada tabiat masing-masing apabila berjumpa atau dating bukan?
Ada yang suka memakai baju sedondon, ada yang berkongsi makanan kegemaran yang sama dan sebagainya.
Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila seorang gadis menjadi bualan ramai gara-gara tabiatnya suka gigit tangan pasangan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ada perangai setiap kali jumpa mesti nak gigit tangan
Menerusi video yang dikongsi oleh akaun @amende_sial, kelihatan pasangan itu sedang berada di dalam kereta.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila gadis itu dilihat menggigit tangan pasangannya dan tidak mahu melepaskannya. Lelaki tersebut seakan-akan pasrah dan terpaksa merelakan tangannya digigit oleh gadis itu.
Perkongsian rakaman itu ternyata menimbulkan rasa kurang senang para netizen di mana ramai menganggap ia bukanlah tabiat manja, sebaliknya tabiat pelik yang patut dirisaukan.
"I think this is her way to be manja. Well everyone has their own kind of love affection so yeah let her be!" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 1M views, 10.9K likes dan 8K retweets di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai tabiat gadis itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!