seismik

Mak Kreatif Buat Muzik Video Lagu 'Keranamu Malaysia', Gelagat Anak Pula Raih Perhatian

Comelnya kau dik!

Cover image via @syazaaawr (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap tahun, rakyat Malaysia sememangnya menantikan Hari Kebangsaan untuk menyambut bersama-sama

Iyalah, sudah lama kita tidak dapat menyambut hari kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik seperti dulu sejak adanya PKP betul tak?

Oleh sebab itu, tahun ini memang kita dapat lihat semangat rakyat Malaysia membara lain macam. Malah, ramai yang merakam raptai pertunjukan jet pejuang dari rumah mereka.

Namun, lain pula dengan sebuah video ini apabila seorang budak perempuan membuat muzik video lagu 'Keranamu Malaysia' telah mencuri tumpuan di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Mak kreatif pakaikan macam-macam outfit, anak pula pandai berlakon

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syazaaawr, kelihatan budak perempuan itu melakonkan beberapa watak dalam lagu 'Keranamu Malaysia'.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia dilihat sangat pandai melakonkan watak seperti buruh, nelayan, petani, pakar IT dan pakar ekonomi mengikut bait-bait lirik lagu tersebut.

Lebih melucukan lagi, ramai yang terhibur apabila melihat kereta jenama 'Negara' yang dibawanya menggunakan kereta mainan.

"Siap ada anak murid dua tu, kreatifnya mak kau dik haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 70.2K tontonan, 11.2K tanda suka serta 386 perkongsian di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si cilik itu yang pandai melakonkan pelbagai watak dalam muzik video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Adik dia yang kembar tu pun layankan jelah kakaknya ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik