seismik

Budak Perempuan Ini Selamba Duduk Atas Kambing, Sekali Tak Pasal-Pasal Dapat 'Free Ride'

Unexpected betul!

Cover image via @che_mar_jamuratu (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu, cuti sekolah telah bermula beberapa hari yang lalu

Semua tempat pelancongan sesak dengan pengunjung terutamanya ibu bapa yang membawa anak-anak pergi bercuti.

Cameron Highlands juga merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan orang ramai kerana kanak-kanak seronok memetik buah strawberry dan dapat merasai pengalaman memberi makan kepada kambing biri-biri.

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang budak perempuan ini apabila dia selamba duduk di atas kambing telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba duduk atas kambing, tak pasal-pasal dapat free ride

Menerusi video yang dimuat naik oleh @che_mar_jamuratu, kelihatan ramai budak-budak sedang memberi makan kepada kambing di dalam kandang di Cameron Highlands.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila seorang budak perempuan tiba-tiba duduk di atas seekor kambing berwarna coklat.

Kambing itu terkejut dan terus melarikan diri. Apa yang lebih menghiburkan adalah budak perempuan itu dibawa sekali atasnya dan kemudian terjatuh akibat hilang kawalan.

"Siapa suruh naik dik, sekali dia bawa ronda-ronda. Takpa, pengalaman mematangkan kita dik haha" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah mendapat 307.8K views, 13.8K likes dan 690 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak perempuan itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Berani betul awak dik, nasib baik tak dapat pakej tendang sekali tau dengan kambing tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: