seismik

"Berbaloi Ke?" - Bayar Yuran Tadika Anak Sampai RM1.3 Juta, Video Ini Jadi Bualan Ramai

Semua orang nak yang terbaik untuk anak-anak.

Cover image via @farahwen (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, setiap ibu bapa sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing bukan?

Tidak kiralah dari segi makanan, pakaian, dan juga pendidikan. Semua ibu bapa inginkan masa depan yang cerah untuk anak-anak mereka.

Tetapi, baru-baru ini sebuah video telah mencuri tumpuan ramai di TikTok gara-gara seorang wanita mendedahkan yuran tadika anaknya mencecah sehingga RM1.3 juta.

Lihat video penuh itu di bawah:

Hantar anak ke tadika antarabangsa, yuran pula buat ramai terkejut

Menerusi video yang dimuat naik oleh @farahwen, wanita itu menunjukkan beberapa rakaman anaknya ketika berada di tadika.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila dia mendedahkan yuran tadika anaknya itu yang berharga RM1.3 juta.

Secara logiknya, harga tersebut masuk akal kerana itu merupakan tadika antarabangsa. Cara pendidikannya juga berbeza jika nak dibandingkan dengan tadika biasa.

Wanita itu juga sempat bertanya kepada netizen sama ada harga itu berbaloi atau tidak. Namun, dia mengakui tidak kisah menghantar anaknya ke situ memandangkan pembelajaran dan persekitaran yang selesa.

"Bestnya, kalau saya ada duit pun saya nak hantar anak kat sini. As long as both parents and kids are happy, worth is immeasurable" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 898.1K views, 68.6K likes dan 1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak kisahlah murah ke mahal, yang penting anak-anak seronok nak belajar dekat sekolah dan ibu bapa mampu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: