seismik

Percutian Paling Epic, Satu Keluarga Turun Dari Bot Rentas Jambatan Ini Buat Ramai Cuak

Kuat betul ombak. Risau terjatuh je.

Cover image via @justshima (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bercuti bersama keluarga merupakan saat yang paling kita nanti-nantikan setiap kali tibanya musim cuti yang panjang

Percutian dalam negara dah seronok, apatah lagi jika ke luar negara bukan? Memang teruja rasanya kalau dapat bercuti di overseas.

Namun, kita perlulah bersedia dengan apa jua halangan yang tiba seperti tercicir passport, kehilangan barang dan sebagainya.

Tetapi, berbeza pula dengan rakaman berdurasi 1 minit 34 saat ini apabila satu keluarga kelam kabut turun dari bot tongkang telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@justshima

I is cannot laa, kecoh satu hotel ,kesian staff smpi berpeluh turunkn kami dari bot

Funny Song - Cavendish Music

Ombak kuat sangat, semua cuak nak turun dari bot dan redah jambatan beralun

Menerusi video yang dikongsi oleh @justshima, kelihatan satu keluarga itu baru saja tiba di salah sebuah hotel di Krabi.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila mereka terpaksa menaiki bot tongkang untuk menyeberang ke hotel tersebut menerusi sebuah jambatan beralun.

Namun, disebabkan ombak terlalu kuat dan mereka cuak untuk melintasi jambatan tersebut, beberapa staf hotel itu dilihat turut menolong mereka supaya selamat sampai ke hotel.

Situasi itu boleh dikatakan cemas dan pada masa yang sama kelakar pun ada apabila melihat gelagat satu keluarga itu yang kelam kabut.

"Naik bot tak mabuk, jalan kaki terus mabuk. Weh jambatan roller coaster, takutnya" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 992.5K views, 71.1K likes dan 5.8K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka sekeluarga.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kita pula yang gayat tengok diaorang lintas jambatan tu. Bahaya tau :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: