seismik

Angkut Anak Usia 4 Bulan Masuk Hutan, Wanita Hiking Sambil Breastfeed Ini Jadi Bualan

Yang penting dia tahu macam mana nak jaga anak dia.

Cover image via @suekz.ecowildernessmom

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti mempunyai hobi yang akan dilakukan setiap hujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan

Walau bagaimanapun, ada sesetengah aktiviti yang terbatas untuk dilakukan atas sebab-sebab tertentu seperti sibuk menguruskan anak dan sebagainya.

Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang wanita membawa anaknya yang baru berusia empat bulan untuk jungle trekking telah menjadi tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Anak jenis direct feeding, tak payah bawa botol bila nak menyusu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @suekz.ecowildernessmom, kelihatan dia dan suaminya sedang jungle trekking di dalam sebuah hutan yang tidak dikenal pasti lokasinya.

Apa yang meraih perhatian ramai adalah apabila dia turut membawa anaknya yang masih kecil berusia empat bulan masuk ke dalam hutan tersebut.

Dia juga dilihat menunjukkan caranya breastfeeding anak secara on-the-go kerana anaknya tidak perlukan botol susu. Ia juga dapat menjimatkan masanya.

Namun, ramai yang kurang setuju dengan caranya itu kerana risau apa-apa jadi pada anaknya yang masih bayi. Biasalah, hutan kan dianggap tempat yang ‘keras’.

"Saya pun kaki hiking tapi tengok pada keadaan dan situasi. Anak dah besar sikit at least setahun boleh la. Kesian pulak tengok baby tu macam tak selesa je" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 342.4K views, 10.5K likes dan 352 shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hmm macam-macam pendapat ya. Tak apalah, yang penting anak sis ni sihat. Doakan yang baik-baik je :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: