seismik

Perlekeh Breastfeeding Buat Badan Jadi Gemuk, Doktor Ini Selamba 'Sound' Wanita Toxic

"Louder doctor!" - Netizen.

Cover image via @drsandramd (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap wanita yang mengandung pasti akan melalui proses bersalin dan berpantang

Pelbagai masalah akan dihadapi oleh mereka yang pertama kali bersalin terutamanya sering mengalami payudara bengkak dan juga gemuk disebabkan breastfeeding.

Sudah pasti masalah seperti itu akan membuatkan seseorang merasa stress dan emosi tidak stabil. Para suamilah yang perlu sentiasa berada di sisi untuk memberikan sokongan kepada isteri.

Lain pula yang jadi baru-baru ini apabila seorang doktor di TikTok mencuri tumpuan ramai gara-gara menjawab soalan daripada seorang wanita toxic.

Lihat video penuh itu di bawah:

@drsandramd

kan pagi² dah MEMBEBEL! bila bebel, keluar la bahasa rojak..grrr..be kind people, especially ladies tu, cubalah jadi support system yang baik

original sound - Sandra Raman MD

Perlekeh tentang soal breastfeeding boleh buat badan jadi gemuk, sekali doktor bagi nasihat padu

Menerusi video yang dimuat naik oleh Sandra Raman MD ataupun dikenali sebagai Dr Sandra, dia kelihatan naik angin dengan sebuah soalan yang diajukan kepadanya.

Soalan itu berbunyi "Siapa cakap menyusu badan jadi gemuk, aku elok je kurus. Lagi kurus dari masa bujang anak 2 orang full breastfreeding. Kuat makan lagi masih kurus dari 75kg sekarang 55kg".

Akibat tidak berpuas hati dengan ayat tersebut, Dr Sandra bertindak memberikannya nasihat padu buat wanita tersebut sebagai wakil untuk semua ibu mengandung di luar sana yang naik badan kerana breastfeeding.

"Minoriti ada wanita yang akan gemuk juga bila menyusu badan disebabkan oleh masalah hormon seperti kortisol dengan prolaktin. Nak tahu, watch the next video"

"Kita sebagai wanita, kerja kita jangan jadi wanita yang toxic. Kita harus sanjung antara satu sama lain. We have to bring all the women up. Korang jangan expect lelaki akan sanjung kita, lelaki akan sayang kita semuanya tapi kita sebagai wanita tak sayang wanita yang lain"

"Kita sebagai ladies tu kena ada support system yang bagus. Jangan look down. Anda rasa ibu yang menyusu tu tak nak kurus ke? You rasa diorang tak jaga ke makanan dia? Bukan sengaja dia bergemuk," katanya.

Lihat video sambungan penuh tentang faktor badan naik bila breastfeeding di bawah:

@drsandramd

Jom kita tgk sebab² gemuk bila menyusu badan! Lepas tgk video nie, be kind to yourself & your friends sbb we need each other so so much ##drsandramd

original sound - Sandra Raman MD

"Setuju dengan doktor. It's so funny how some people use personal experience to invalidate certain thing" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya meraih 546.8K views, 62.7K likes dan 3K shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat Dr Sandra dan tidak faham dengan perangai sesetengah manusia yang toxic suka jatuhkan orang lain.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dengar tu guys, jangan perlekehkan orang lain sesuka hati je kalau tak tahu situasi yang diaorang tengah hadapi. Be kind to each other! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: