[VIDEO] Kongsi Situasi 16 Bayi Menangis Serentak Di Wad Bersalin, Nurse Ini Curi Tumpuan
Sorang menangis, semua join sekali. So cute!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pekerjaan sebagai seorang jururawat mungkin nampak senang di mata sesetengah orang
Namun, hanya mereka saja yang tahu betapa tertekan dan risaunya apabila ditugaskan untuk menjaga pesakit yang boleh mendatangkan pelbagai risiko.
Tambahan lagi, jika menjadi seorang jururawat di wad bersalin yang menjaga ramai bayi baru lahir. Ada yang kena demam kuning, belum lagi sentuh bab menangis tengah malam.
Sama seperti video tular di TikTok ini apabila seorang nurse mencuri tumpuan ramai melalui rakamannya semasa bertugas pukul tiga pagi di wad bersalin.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kongsi situasi sebenar kejadian pukul tiga pagi, 16 orang bayi menangis serentak
Menerusi perkongsian video daripada @mbokanis dengan kapsyen "my 3AM lullaby", kelihatan dia sedang bertugas di wad bersalin sebuah hospital waktu tengah malam.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia merakam 16 orang bayi yang dijaganya menangis serentak pukul tiga pagi.
Ternyata, ramai yang tertarik dengan video berkenaan dan dapat relate dengan situasi tersebut yang sering berlaku di mana-mana wad bersalin.
"Baby kat hospital memang suka nangis berjemaah, bila sorang nangis yang lain duk ikut sekali" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 442.8K tontonan, 52K tanda suka serta 530 perkongsian di TikTok.
Manakala, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar tangisan bayi-bayi itu sehingga ada yang berkata mereka sedang membuat konsert.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: