[VIDEO] Kawan Dikutuk Tak Ada Anak Walaupun Dah Lama Kahwin, Wanita Ini Menangis Teruk
Tak boleh ke doa yang baik-baik je?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siapa je dalam dunia ni yang tak mahukan zuriat sendiri selepas berkahwin bukan?
Namun, kita harus ingat bahawa zuriat juga adalah rezeki yang datang daripada Allah SWT dan bukan semua orang diberikan peluang untuk mendapat zuriat dengan cepat.
Apa yang pasti, setiap rezeki kita sudah ditentukan oleh-Nya. Tidak kiralah cepat atau lambat, kalau sudah tertulis itu rezeki kita, pasti satu hari nanti kita akan dapat juga apa yang dihajati.
Seperti video yang tular baru-baru ini di laman TikTok, seorang pengguna telah meluahkan rasa sedihnya apabila kawan baik sendiri diperli tidak mempunyai zuriat walaupun sudah berkahwin selama 15 tahun.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sanggup tengok kawan baik kena condemn belum ada anak, rasa hati macam kena siat
Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Cik My, dia menceritakan situasi semasa dia sedang melepak bersama kawan-kawannya sehingga keluar topik tentang zuriat.
"Ada la sorang kawan aku tu dia kahwin lama dah tapi tak ada anak, 15 tahun macam tu lah. Lepas tu kawan kami sorang lagi memang senang lekat setahun sekali ada anak"
"Dia tanya hang tak ada anak ke? Hang tak teringin ke ada anak? Hang kahwin lama dah kot, aku kahwin baru ada hang anak aku sampai lima. Kawan aku masa tu sampai teriak, aku ni terasa dada aku macam siat-siat"
"Aku pi kat dia aku cakap, kalau hang betul kawan kami hang jangan condemn dia macam tu. Apa salahnya hang bagi semangat kat dia, apa salahnya hang doakan dia. Bukannya mengata dekat dia, condemn dia bukan-bukan macam tu"
"Kita manusia ni ada hati dengan perasaan. Aku mintak hang doakan je, tak payah condemn dia. Sedih gila weh, semua orang nak zuriat betul tak? Aku tak boleh cerita dah, sedih," katanya.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 126.8K views, 14.2K likes dan 645 shares di TikTok
Rata-rata warganet turut merasa geram selepas mendengar kisah yang diceritakan oleh wanita itu dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama iaitu dikutuk kawan sendiri.
Malah, ada yang diperli oleh adik-beradik sendiri tentang zuriat dan merasa sangat sedih diuji sebegitu.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada warganet di TikTok: