"Punca Lambat Masuk" - Wanita Bawa Tin Susu Anak Ditahan Masa Final Bola Jadi Bualan Ramai
Sepatutnya jangan bawa budak kecil tempat-tempat sesak macam ni.
Baru-baru ini, perlawanan bola sepak final Piala FA antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC berakhir dengan keputusan 3-1 yang dimenangi oleh pasukan JDT
Perlawanan final tersebut yang telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil telah dibanjiri oleh kira-kira 70,000 penyokong tegar dari kedua-dua kelab bola sepak itu.
Di sebalik kemenangan tersebut, rupa-rupanya ada kejadian yang berlaku di luar stadium sebelum perlawanan bermula.
Seorang wanita ditahan gara-gara membawa tin susu anaknya dan menyebabkan proses pengunjung lain untuk masuk ke stadium jadi lambat.
Lihat video penuh itu di bawah:
Niat nak bagi anak minum susu masa tengok final, sekali kena rampas dengan pegawai keselamatan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @azamtheributs_, kelihatan beribu-ribu penyokong Terengganu FC sedang beratur di luar stadium sebelum perlawanan bermula.
Apa yang menjadi tumpuan ramai adalah apabila seorang wanita yang sedang mendukung anaknya ditahan oleh pegawai keselamatan.
Rupa-rupanya, dia membawa satu tin susu anaknya dan ia telah dirampas oleh pihak keselamatan. Terdahulu, sebarang objek keras tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk ke dalam stadium atas sebab tertentu.
Perkara itu telah membuatkan ramai bising kerana melambatkan penyokong lain untuk masuk ke dalam stadium.
"Bimbang tin susu tu terbang ke pihak lawan. Nak bawa susu tak salah, lebih baik letak dalam bekas susu plastik" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 68.1K likes dan 479 shares di TikTok.
Rata-rata netizen di ruangan komen turut memberikan pendapat masing-masing dan kurang setuju tindakan wanita itu membawa anaknya yang masih kecil.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!