seismik

"Siap Buka Pintu" - Lelaki Rakam Situasi Misteri Di Tandas Petronas Ini Curi Tumpuan Ramai

Betul ke tak ni?

Cover image via @adamjelahkot (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, kita sudah biasa dengar tentang kejadian misteri di macam-macam tempat

Bagi mereka yang sudah biasa ternampak makhluk halus, mungkin mereka sudah tidak ada rasa takut dan seram lagi apabila mendengar kisah orang lain.

Namun, itu tidak terjadi kepada orang yang penakut. Kadangkala, bila kita tengok rakaman saja pun bulu roma dah meremang.

Seperti sebuah video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki berkongsi situasi yang menimpa dirinya ketika sedang membuang air di tandas Petronas telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah buang air tiba-tiba ada benda main buka tutup tombol pintu tandas dari luar

Menerusi video yang dimuat naik oleh @adamjelahkot, kelihatan lelaki itu sedang berada dalam tandas Petronas yang tidak diberitahu lokasinya.

Apa yang membuatkan situasi itu jadi seram adalah ketika dia diganggu apabila pintu tandas yang dikuncinya dimain-mainkan dari luar.

Lebih menyeramkan lagi, dia merakam dari dalam dan tidak kelihatan kaki sesiapa di luar tandas itu. Pada akhir video, pintu itu terbuka sendiri dan membuatkan dia menjerit.

"Tak sekarang ni jeritan ayu abang tu buat kan jin pun tekedu bang" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 376.7K views, 39K likes dan 430 shares di TikTok, rata-rata netizen turut berasa seram melihat situasi itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Persoalannya sekarang, betul ke tu hantu atau kawan dia saja nak prank?

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: