seismik

"Tetamu Cemas" - Kakak Pengantin Tiba-Tiba Bersilat Lepas Dengar Bunyi Gendang & Serunai

Mungkin dia tak boleh dengar bunyi-bunyian macam tu.

Cover image via @eitabeauty8 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Acara silat di majlis sanding merupakan tradisi Melayu yang sudah diamalkan sejak dulu lagi

Ia bukan saja bertujuan untuk meraikan pasangan mempelai, malah silat juga dapat mewujudkan suasana meriah dan menarik perhatian tetamu yang hadir.

Namun, lain pula yang jadi dalam sebuah video di kenduri kahwin ini apabila seorang wanita tiba-tiba bersilat telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@eitabeauty8 Di Kg.Pulau Nyior.. Mula si anak dok silat kemudian si mak nya.. #malaysia #fyp #fypviral #kedah #gendangsilat #silat #silatgayong bunyi asal - eitabeauty8

Kakak pengantin tiba-tiba bersilat dengan agresif lepas dengar bunyi serunai dan gendang

Menerusi perkongsian video daripada @eitabeauty8, kelihatan dua orang pesilat sedang membuat persembahan di depan pengantin sambil disaksikan oleh para tetamu yang hadir.

Tetapi, apa yang menarik perhatian adalah apabila seorang wanita yang memakai baju kurung berwarna hijau tiba-tiba bersilat di tepi pelamin.

Lebih membuatkan ramai cemas adalah apabila dia 'naik sheikh' selepas cuba ditenangkan oleh suaminya. Kejadian itu dipercayai berlaku apabila wanita itu mendengar bunyi tiupan serunai dan paluan gendang yang semakin rancak dimainkan.

Walau bagaimanapun, aksinya itu berhenti sejurus apabila pemain muzik diminta berhenti serta-merta.

"Orang yang ada 'something' memang tak boleh dengar bunyi-bunyian tu" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 1.8M tontonan, 94.5K tanda suka serta 2.8K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut memberikan pandangan mereka mengenainya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Cuak juga tengok situasi macam ni kan. Nasib baik tak jadi apa-apa yang serius.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: