seismik

"Mummy Teloq Hang" - MUA Bellaz Curiga Anak Tiba-Tiba Tukar Panggilan Selain Daripada Mama

Lawaklah reaction dia.

Cover image via @makeupstore_raniaku (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama MUA Bellaz sudah tidak asing lagi dalam dunia makeup terutamanya dalam kalangan wanita

Baik di Facbeook, Instagram mahupun TikTok, gelagat lucu MUA Bellaz membuat live sambil makeup sering meraih berjuta views.

Namun, satu insiden lucu berlaku baru-baru ini apabila dia sedang membuat live makeup dan anaknya tiba-tiba terpanggil 'mummy' telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Anak tiba-tiba terpanggil 'mummy', terus buat soal siasat

Menerusi perkongsian video daripada @makeupstore_raniaku, kelihatan MUA Bellaz sedang membuat live makeup tutorial di TikToknya.

Apa yang mencuit hati ramai adalah apabila anaknya yang masuk ke dalam bilik tiba-tiba memanggilnya mummy. Padahal panggilannya adalah mama.

Lebih menghiburkan lagi, reaksi spontan MUA Bellaz yang berkata "mummy teloq hang, mama la!" membuatkan ramai berdekah.

"Nasib tak sebut sampai ke Sabah, naya. Haha habis negeri lain terlibat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah mendapat 443.7K tontonan, 18.8K tanda suka serta 307 perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi MUA Bellaz.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik dia tak soal siasat suami dia time-time tu juga :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: