"Pelamin Anganku Musnah" - Wanita Luah Rasa Kecewa Kena Scam Dengan Wedding Planner
Geramnya tengok. Kesian dekat pengantin.
Mempunyai pelamin kahwin yang cantik semestinya menjadi impian setiap pengantin terutamanya wanita
Iyalah, kahwin hanya sekali seumur hidup. Sudah tentu kita mahukan semuanya perfect. Namun, masih ramai scammer di luar sana menggunakan taktik kotor untuk mendapat duit dengan cara menipu pengantin.
Siapa sangka nasib tidak menyebelahi seorang wanita ini apabila pelamin yang diidamkannya bertukar menjadi lain pada hari bahagianya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Minta wedding planner buat pelamin harga RM1,500, tapi lain pula yang dapat
Menerusi video yang dimuat naik oleh @atiqaayieanieeee_, kelihatan wanita itu berkongsi pengalamannya ditipu oleh wedding planner yang menghias pelaminnya.
Dia meminta wedding planner tersebut untuk menunjukkan pelamin yang berharga RM1,500. Menurut gambar yang dikongsinya, pelamin itu memang sangat cantik dan membuatkan dia ingin meneruskan tempahannya.
Namun, apa yang membuatkan dia kecewa adalah apabila pelamin yang dibuat sangat berbeza dengan apa yang dimintanya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Bukan itu saja, wedding planner tersebut siap ingin menyaman wanita itu kerana kononnya dia tak mahu bayar.
Sedangkan, wanita itu ingin membayar dengan harga yang sepatutnya kerana wedding planner itu tidak mengikut apa kehendaknya.
Wanita itu sempat menunjukkan screenshot pergaduhan mereka melalui WhatsApp dan sampai ke hari ini dia masih tidak menerima surat saman daripada pihak wedding planner itu.
Dia tidak takut untuk bawa kes itu ke balai kerana sudah terang lagi bersuluh kesalahan datang dari siapa.
"Pelamin aku sewa dulu time kahwin harga RM400 lagi mewah bunga dia dari yang ni" - Netizen
Ikutan tularnya video itu yang telah mendapat 3.1M views, 213.6K likes dan 3.8K comments di TikTok, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram selepas melihat hasil pelamin wanita itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Jahat betul ya wedding planner yang buat macam ni dekat bakal pengantin. Duit yang dapat pun tak halal tau. Semoga bertabah sis! :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!