[VIDEO] Mula-Mula Nervous Jadi Pengapit, Sekali Tak Sangka Berjodoh Pula Dengan Pasangan
Kalau dah jodoh memang tak kemana.
Tugas sebagai pengapit bukanlah hanya mengipas pengantin di pelamin saja
Pengapit merupakan orang yang paling penting untuk memastikan pengantin sentiasa berada dalam keadaan yang selesa dan tidak gugup semasa majlis sanding sedang berlangsung.
Namun, siapa sangka rupa-rupanya ada juga yang berjodoh dengan pasangan pengapit walaupun pada mulanya tidak mengenali sesama sendiri.
Seperti kisah yang dikongsi oleh seorang wanita ini apabila dia bertemu jodoh dengan lelaki yang menjadi pasangan pengapitnya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
From pengapit to pengantin, mula-mula nervous sebab tak pernah berkenalan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sherrylowhc, kelihatan dia menunjukka beberapa keping gambar bersama suaminya.
Pada mulanya, mereka berdua yang saling tidak mengenali dipadankan menjadi pengapit di majlis persandingan kawan mereka.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila mereka akhirnya berjodoh selepas suaminya tiba-tiba menghubungi untuk membeli biskut daripadanya.
"Kita tak bertegur langsung tak pandang semua, sebulan lepas tu dia DM kat ig nak beli cookies. Lama-lama WhatsApp semua haaa kena. Tahu-tahu dengan jodoh sendiri," katanya.
"The real ambil berkat orang kahwin be like" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 723K views, 107.9K likes dan 2.1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut menumpang gembira dan mendoakan rumah tangga mereka berdua.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Siapa sangka kan jumpa jodoh dekat majlis kahwin orang lain. Semoga bahagia hingga ke jannah sis dan suami! <3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!