[VIDEO] Ayah Selalu Sibuk Main Handphone, Anak Sampai 'Campak' Buku Sebab Nak Perhatian
Sampai macam tu sekali ya.
Tidak dinafikan, telefon pintar sememangnya boleh melalaikan kita jika menggunakannya tanpa had masa
Kadangkala, kerja lain semua jadi tertangguh gara-gara leka bermain telefon. Sebenarnya, ia bukan saja tidak bagus untuk mata kita, malah orang sekeliling juga akan terasa kerana menganggap kita tidak ada masa untuk mereka.
Sama seperti apa yang berlaku dalam video tular ini apabila tindakan seorang budak lelaki mencampak buku kepada ayahnya kerana asyik bermain telefon telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ayah asyik main handphone tak hiraukan anak, sekali anak campak buku dekat muka sebab nak attention
Menerusi video yang dimuat naik oleh @elisinaga0403, kelihatan lelaki itu sedang melayan video di telefonnya sambil baring di ruang tamu rumahnya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila anak lelakinya tiba-tiba datang dan mencampak buku ke arahnya dengan kuat.
Rupa-rupanya, si anak geram kerana ayahnya tidak melayannya di rumah. Dia sempat berkata "handphone terus kamu, gak pernah kamu jagain aku". Si ayah yang serba salah pantas memeluk dan mencium anaknya itu.
"Jarang-jarang ada budak macam ni, biasanya budak-budak yang busy tengok phone sampai orang panggil dia tak layan" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 2.1M tontonan, 145.5K tanda suka serta 5K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!