seismik

"Buat Rider Motor Keliru" - Signboard Di Lebuh Raya SUKE Ini Dikatakan Macam Saiz A3

Kenapa kecil sangat eh?

Cover image via @bob_yp (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti mana yang kita tahu, Lebuh Raya Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE) telah pun dibuka kepada pengguna jalan raya

Lebuh raya bertingkat ini dibina bertujuan memberi kemudahan pengguna jalan raya sebagai alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang timbul selepas lebuh raya ini dibuka. Antaranya, ada yang berhentikan kenderaan di bahu jalan dan keluar untuk menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.

Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila seorang lelaki tidak puas hati dengan saiz papan tanda arah di SUKE yang terlalu kecil telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Signboard kecil sangat sampai terpaksa berhenti nak tengok arah jalan

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @bob_yp, kelihatan dia sedang berhenti di depan signboard SUKE yang menunjukkan simpang ke Ampang di sebelah kanan dan Hulu Langat di sebelah kiri.

Apa yang membuatkannya geram adalah saiz signboard itu yang kelihatan terlalu kecil sehingga menyebabkannya sukar untuk membaca tulisan di situ.

"Punyalah kecik signboard, nasib tak sodok divider dok fokus nak baca," katanya.

"Dia order kat Shopee tu. Order lain saiz datang lain saiz haha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 798.7K views, 83.6K likes dan 1.9K shares di TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi spontan lelaki itu dan ada juga yang sempat berseloroh dengannya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Bahaya juga kalau signboard kecil sangat ni. Boleh buat orang terbabas :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: