seismik

Geram Rider foodpanda Tak Hantar Makanan Depan Pintu Rumah, Wanita Ini Cetus Bualan Ramai

Tak tahu nak salahkan siapa.

Cover image via @qo_nita_tun (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pekerjaan sebagai food rider sememangnya mencabar

Tambahan pula jika harus berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan yang cerewet. Ada saja yang tidak kena.

Namun, lain pula dengan video tular ini apabila seorang wanita meluahkan rasa geramnya terhadap seorang rider foodpanda telah menimbulkan pelbagai reaksi ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bengang sebab rider tak nak hantar makanan sampai pintu rumah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @qo_nita_tun, kelihatan wanita itu sedang menahan marahnya sambil bercerita tentang pergaduhannya dengan seorang rider foodpanda.

Dia naik angin gara-gara rider foodpanda tersebut tidak mahu menghantar makanan yang dipesannya sehingga ke pintu rumahnya.

Namun, apa yang mencetuskan reaksi warganet adalah kerana mungkin caranya yang enggan bertolak ansur dengan rider berkenaan.

"Maybe dia takut bag food atau motor dia hilang. Sebab diaorang pernah tinggal motor then budak-budak flat curi makanan dekat box motor" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M tontonan, 42.3K tanda suka serta 12K komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Hmm. Apa pendapat korang tentang isu ini?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: