[VIDEO] Muka Feminin Sangat, Ramai Keliru Status Sebenar Jantina Suami Wanita Ini
Takkanlah dia nak kahwin dengan perempuan. Macam mana tu?
Sejujurnya, rupa paras bukanlah aspek utama untuk kita menilai seseorang jika hendak berkahwin dengannya
Sebaliknya, nilailah seseorang itu dari hati. Kalau hanya memilih rupa yang cantik atau tampan, ia tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga tersebut.
Namun, berbeza pula dengan isu yang tular baru-baru ini apabila seorang wanita menjadi bualan ramai gara-gara rupa suaminya dikatakan seperti perempuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ramai keliru tentang jantina suami sebab nampak terlalu feminin
Menerusi video yang dimuat naik oleh @bebecat0, kelihatan wanita itu sedang merakam video TikTok di dalam kereta bersama suaminya.
Namun, apa yang menjadi bualan ramai adalah wajah feminin suaminya itu yang disangka perempuan pada awalnya.
Menurutnya, mereka berdua baru saja mendirikan rumah tangga beberapa bulan yang lepas dan wanita itu tidak menyangka videonya itu akan tular dan mengundang spekulasi netizen.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Awak, I nak dengar suara laki you please please please I cannot stop thinking about it" - Netizen
Ikutan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 1.1M views, 9.2K likes dan 1.8K shares di TikTok, rata-rata netizen turut keliru dan masih berteka-teki tentang status sebenar suami wanita itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!