Hari-Hari Tak Sabar Nak Balik Sekolah, Gelagat Si Kakak Jaga Adik Ini Buat Ramai Cair
Alololo, comelnya!
Dalam setiap adik beradik, sudah tentu kakak atau abang sulung akan teruja apabila mendapat adik baru
Iyalah, kalau dulu mereka yang menjadi perhatian utama daripada ibu dan ayah, sekarang tidak lagi. Mereka pula yang tidak sabar untuk berjumpa dengan ahli baru dalam keluarga.
Seperti sebuah video tular ini memaparkan gelagat seorang budak perempuan menjaga adiknya yang baru lahir telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Hari-hari tak sabar nak balik dari sekolah sebab nak jaga adik
Menerusi perkongsian video daripada @djaamirh, kelihatan dia merakam beberapa video anak perempuan keduanya melayan si adik yang baru saja lahir.
Apa yang menarik perhatian adalah cara si kakak yang jelas nampak sangat penyayang itu membuatkan ramai memuji sikapnya yang bertanggungjawab walaupun masih kecil.
Malah, kakak sulungnya pun tidak semahir dia yang pandai mendukung dan mendodoi adik mereka. Menurut ibunya, hari-hari dia tidak sabar nak balik dari sekolah kerana ingin menjaga adiknya itu.
"Good parenting. Tahniah puan kerana berjaya mendidik anak untuk jadi macam ni" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 536.4K tontonan, 49.1K tanda suka serta 2K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut memuji sikap matang anak perempuannya itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!