Merajuk Tak Dapat Pergi Konsert, Gelagat Lelaki Cuba Jadi Ariel Noah Buat Isteri Terhibur
Nasib baik suara sedap, kalau tak bertambah murunglah isteri dia.
Baru-baru ini, kumpulan Noah atau dulunya dikenali sebagai Peterpan telah mengadakan konsert mereka di Zepp Kuala Lumpur
Band dari Indonesia itu sememangnya menjadi kegilaan ramai sejak dulu lagi kerana lagu-lagu mereka sudah popular di Malaysia sejak berbelas tahun lepas.
Antara lagu favourite ramai adalah Mungkin Nanti, Ada Apa Denganmu, Menghapus Jejakmu, Mimpi Yang Sempurna, Separuh Aku dan banyak lagi.
Namun, tular pula sebuah video ini memaparkan gelagat seorang lelaki menyanyikan lagu Noah kepada isterinya yang merajuk kerana tidak dapat pergi ke konsert telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Merajuk punya pasal, suami effort buat konsert sendiri dekat rumah
Menerusi perkongsian video daripada @tacajamal, kelihatan wanita itu merakam gelagat suaminya yang menyanyikan lagu Bintang Di Surga nyanyian Ariel Noah.
Apa yang menjadi perhatian adalah apabila suaminya itu dilihat gigih menjadi seperti Ariel dengan meniru gayanya menyanyi di konsert berkenaan.
Malah, dia juga sempat berlakon kononnya ditarik oleh peminat dan berjaya membuatkan isterinya ketawa dan terhibur.
"Bila kau merajuk tak dapat tengok live Noah in KL, laki kau feeling jadi Ariel untuk ambik hati kau," katanya.
"Hahaha untung dapat suami melayan gini. Suara boleh tahan sedap ye" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 639.1K views, 72.8K likes dan 1.2K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu yang gigih membuat konsert sendiri.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!