Tak Pernah Berkira Hantar & Ambil Dari Kerja, Anak Sebak Buat Video Penghargaan Untuk Abah
Siapa potong bawang ni?
Ayah merupakan insan kedua yang kita paling sayang selain ibu
Begitu banyak pengorbanan ayah kepada anak-anak sejak mereka lahir hinggalah dewasa. Ayahlah yang sanggup membuat apa saja demi menggembirakan keluarganya.
Seperti video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang gadis berkongsi rakaman ayahnya menghantar dan menjemputnya pulang dari kerja telah membuatkan ramai sebak.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sanggup redah hujan dan panas sebab nak hantar anak pergi kerja
Menerusi video yang dimuat naik oleh @opa.faaa, kelihatan gadis itu mengambil beberapa video ayahnya semasa menghantar dan mengambilnya dari kerja.
Apa yang membuatkannya sebak adalah dia tersentuh melihat kesungguhan ayahnya yang tidak langsung nampak mengeluh atau penat walaupun hampir setiap hari menghantarnya ke tempat kerja tidak kira cuaca hujan dan panas.
"Sentiasa buat yang terbaik untuk anak-anak dia. Bukannya dekat, sanggup redah jammed pagi-pagi lagi. Dalam hujan steady je naik motor angkut saya sekali," katanya.
"Abah ni walau kita dah ada suami, layanannya tetap macam kite ni kecik je lagi" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 406.6K tontonan, 55.4K tanda suka serta 2.4K komen di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut tersentuh melihat pengorbanan ayah gadis itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!