Mengadu Bini Merajuk, Sekali Lelaki Ini Kena 'Attack' Dengan Persatuan Isteri Di TikTok
Habislah geng-geng isteri datang, memang kalah abang ni.
Golongan wanita sering dilabel sebagai complicated oleh para lelaki kerana kononnya mereka sukar untuk difahami
Kadangkala, perkara kecil pun boleh jadi besar kalau berbincang dengan orang perempuan ini. Tetapi, itulah sifat semula jadi mereka dan orang lelaki terutamanya suami kenalah terima kekurangan pasangan masing-masing.
Seperti video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang lelaki berkongsi cerita tentang kelakuan isterinya telah mendapat perhatian di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bini merajuk sebab tak dapat barang yang diorder, sekali ramai yang back up
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mozios, kelihatan lelaki itu sedang berada di atas motosikalnya sambil berkongsi cerita tentang isterinya yang sedang merajuk.
Menurut lelaki itu, isterinya memesan ubat sapu di farmasi sebanyak dua kotak. Tetapi, dia terlupa pesanan isterinya dan hanya membeli satu kotak saja.
Sebaik saja sampai di rumah dan memberitahu dia akan membeli lagi satu kotak pada keesokan hari, si isteri terus bad mood dan menarik muka masam.
Akhirnya, dia patah semula ke farmasi dan membeli sekotak lagi ubat untuk memujuk isterinya itu. "Asalkan happy wife, hopefully happy lah life tu eh. Inilah pengorbanan seorang suami. All the best kepada semua suami di luar sana ya," katanya.
"Nak dua means nak dua. Dua is dua. Dan dah pesan dua kali. NAK DUA NAK DUA NAK DUA!" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 381.6K views, 33.8K likes dan 1.5K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur mendengar cerita lelaki itu. Malah, ramai para isteri yang back up isterinya kerana sudah dua kali dia pesan nak ubat sapu dua kotak.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!