Jiran Ingat Ada Majlis Cukur Jambul, Rupanya Cuma Si Ayah Selawat Nak Tidurkan Anak
Nyaring betul suaranya. Haha!
Kalau sebelum ini tular rakaman seorang bapa mendodoikan
anaknya dengan lagu siap perli isteri, kali ini lain pula situasinya
Jika anda biasa mendengar kumpulan marhaban selawat di majlis cukur jambul bayi, sudah tentu anda mengenali tone suara mereka yang nyaring bukan?
Kumpulan itu biasanya dianggotai oleh lebih 10 orang wanita dan lelaki yang berumur. Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila suara seorang lelaki mendodoikan anaknya menjadi perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buai anak sambil selawat macam kumpulan marhaban, suara pula curi tumpuan
Menerusi perkongsian video daripada @_erinn1797, kelihatan lelaki itu sedang mendodoikan anaknya di dalam buaian di ruang tamu rumah.
Tetapi, apa yang mengundang tawa ramai adalah apabila dia selawat seperti kumpulan marhaban di majlis cukur jambul.
Gelagatnya itu membuatkan sepupunya ketawa. "Dah jiran-jiran ingat ada majlis cukur jambul dekat rumah," katanya.
Budak-budak sekarang memang nak suara ketua marhaban macam ni baru tidur. Kalau suara kepit tak tidur-tidur" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 192.9K views, 14.4K likes dan 753 shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu tidurkan anaknya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!